Kalau Dah Kaya

November 11th, 2008 by rodzahn-shinichi

Kaya, itulah yang menjadi impian setiap manusia. Aku juga begitu. Bagaimana dengan orang yang sudah menjadi kaya? Apakah rancangan mereka? Aku sempat menyelami hati beberapa orang ini.

Abu, 19 tahun, pekerja am rendah Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“Kalau aku sudah kaya, aku ingin menyertai perniagaan pasaran perbagai peringkat (multi-level marketing; MLM), supaya aku bertambah kaya!

Oh begitu….

Seman, 25, budak pejabat di sebuah syarikat insurans terkemuka di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
“Kalau aku dah kaya, akan aku beli saham² kompeni ni, biar aku pula jadi bos!

Okey, teruskan impian itu!

Roger (nama samaran), 34, juruanalisa makmal di sebuah kilang sabun, Pasir Gudang, Johor.
“Impian aku bila dah kaya adalah…. kejap ye aku fikir, ermmm…. ha, aku ingin berkahwin dengan artis remaja. Glamour aku nanti!

Semoga impian kau tercapai!

En. Bashir, 59, seorang peniaga minyak urut di pasar malam di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.
“Pakcik tengok senario politik sekarang ni dah teruk. Masing² nak berkuasa. Rakyat terabai. Justeru itu, bila pakcik dah kaya, pakcik ingin terjun ke arena politik, bertanding di atas tiket parti bebas. Pakcik nak bela nasib rakyat jelata!

Murni sungguh impian pakcik itu! :D

Sherry (nama manja), 24, kerani akaun di firma guaman di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.
“Bila I dah kaya, I ingin pergi ke Amerika Syarikat”

Oh, ingin sambung belajar kat sana ke?

Bukan, I mahu cari Paris Hilton, lepas tu menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Sudah tentu I jadi terkenal di seluruh dunia J!”

La…. macam tu punya impian ada ka?

Bookmark and Share

Keretapi Dah Tak Penuh.

November 11th, 2008 by rodzahn-shinichi

30hb 9 2008, aku balik beraya di kampung, Kajang, Selangor. Aku terpaksa menaiki keretapi, setelah tiket² bas ekspress Johor Bahru- Kuala Lumpur habis. Jadi, pengangkutan keretapi menjadi alternatif buat aku untuk pulang beraya.

Sebelum aku membeli tiket keretapi, aku harapkan nasib dapat menyebelahi aku. Alhamdulillah, tiket untuk aku ada. Kalau tidak, beraya di perantauanlah aku.

Aku jangkakan stesen keretapi Johor Bahru sesak dengan orang ramai. Tapi jangkaan aku meleset sama sekali. Tidak ramai penumpang yang ada di situ.

Senario kali ini berbeza berbanding dengan tahun ‘90an, di mana setiap kali menjelang Aidilfitri, keadaan pasti sesak dengan orang yang ingin membeli tiket, pulang berhari raya di kampung halaman di samping sanak saudara yang tercinta.

Pada pendapat aku, mungkin ramai yang pulang beraya dengan menaiki kapal terbang, sebab tambang kapal terbang sekarang ni dah murah. J

Bookmark and Share

Euro 2008…. berakhirlah satu kejohanan besar.

July 3rd, 2008 by rodzahn-shinichi

Euro_2008_12 Akhirnya, pasukan Sepanyol telah menjadi juara Kejohanan Bolasepak Piala Eropah (Euro 2008), setelah menewaskan pasukan Jerman pada perlawanan akhir, dengan jaringan 1-0. Gol yang dihasilkan oleh En. Torres (pada minit keberapa… aku tak ingat) pada separuh masa pertama. Perlawanan yang menarik kedua² pasukan, namun rezeki lebih berpihak kepada Sepanyol untuk menjulang  piala  euro 2008.

Ramalan aku meleset sama sekali, bila pasukan pilihan aku, Switzerland & Russia terkandas di peringkat kumpulan & separuh akhir. Switzerland, pasukan tuan rumah, pasukan pertama tersingkir awal, manakala harapan aku pada pasukan Russia, tewas pada pasukan Sepanyol 0-3, pada peringkat separuh akhir. Amat mengecewakan! L

Apa pun, aku cukup terhibur dengan aksi² menarik dalam Euro 2008. Aku nantikan pula aksi² menarik pada kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010, di Afrika Selatan. Menonton samba Brazil & samba Afrika!J 

Russiannationalteam

Switzerlandnationalteam2

Bookmark and Share

Virus durjana! x(

May 27th, 2008 by rodzahn-shinichi

Sakit betul hati aku! Rasa marah & tension bila pc kena serangan virus! Banyak pulak tu. Pada 25hb Mei 2008, jam 2100, aku telah buat keputusan nekad; iaitu memformat semula pc aku, bagi membersihkan virus² yang melembabkan kadar kelajuan server, & virus² yang merosakkan sistem operasi pc.

Setelah usai memformat, aku pun memasang semula perisian² yang diperlukan dalam fail program. Aku tidak lagi memasang perisian antivirus kaspersky, walaupun perisian itu amat popular di kalangan perisian² antivirus yang lain. Perisian kaspesky juga sering disyorkan dalam forum² internet & blog² (blog or goblok? Hahaha :-p ). Tapi bagi aku, perisian antivirus ini memberi masalah pada pc aku, & ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa sebab mengapa aku memformat semula pc aku, selain sebab² yang telah aku nyatakan di atas.

Kalau ingin tahu sebabnya, installah (pasang) perisian ini di pc. :-p

Bookmark and Share

Aku Tidak Lewat Lagi :-)

March 13th, 2008 by rodzahn-shinichi

Dsc03329_2 Dulu aku sering kali lewat pergi ke kuliah.  Sampai lecturer² naik fade-up dengan aku. Berbagai alasan yang aku diberikan, namun ianya langsung dianggap tak relevan oleh lecturer. “Kalau begini sikap kamu yang suka datang lewat, kamu akan lewat juga walaupun dah bekerja,” sumpah seranah seorang lecturer tu. Aku mendengar saja, bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bagaikan juga air dicurah di daun keladi.

Namun begitu, aku rasa sumpahan itu tak menjadi pada aku. Mungkin mulutnya tak begitu masin walaupun makan nasi goreng ikan masin. Ini kerana aku sudah sedar atas kesilapan dulu, lalu aku beli sebuah jam loceng yang comel di sebuah gedung membeli-belah yang terkemuka di Johor Bahru, City Square. Malah telefon bimbit aku juga, aku sudah tetapkan waktu untuk berdering. Seawal jam 0630, aku sudah berangkat ke tempat kerja, bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas.

Rekod kedatangan aku kini bertambah baik. Malah ketua bahagian aku memuji aku, lantas mencalonkan aku untuk menjadi pekerja terbaik untuk syarikat. Aku tersenyum saja, bila mengenangkan kembali sejarah silam terdahulu. Biarlah ianya tersimpan dalam lipatan sejarah. Never ever be a same again! J

Bookmark and Share

Daniel Craig tidak mahu lagi jadi James Bond.

December 12th, 2007 by rodzahn-shinichi

Pierce_brosnan Khabar gembira buat Pierce Brosnan & para peminatnya! Pierce Brosnan dijangka kembali memegang watak James Bond dalam sekuel filem perisikan 007 yang berikutnya. Ini kerana watak James Bond sekarang, Daniel Craig, memberi kenyataan tidak mahu lagi meneruskan lakonan dalam sekuel filem ini yang seterusnya, selepas filem Bond 22. Bond 22 dijangka ditayangkan pada Jun 2008.

Craig Daniel Craig, 39, memberi alasan bahawa dia mahu menjadi aktor yang ‘versatile’, iaitu mencuba pelbagai watak dalam filem yang lain & tidak mahu lagi terikat sebagai seorang perisik. Craig berkata beliau mahu membuang aura James Bond yang telah melekat pada dirinya. Beliau mahu mengikut jejak aktor Timothy Dalton, yang turut berlakon dua kali sahaja memegang watak James Bond iaitu filem Licence To Kill & Living Daylight. Filem² box-office yang dibintangi Craig pada tahun ni ialah Invasion (berpasangan dengan Nicole Kidman) & juga The Golden Compass (juga dengan Nicole Kidman).

Berbalik pada Pierce Brosnan, 54, begitu optimis sekali untuk kembali memegang watak perisik yang paling tersohor di kalangan filem² perisik yang lain. Kali terakhir beliau berlakon dalam filem² Bond ialah filem ‘Die Another Day’  (2002) berpasangan dengan Halle Berry. Lain² filem Bond, GoldenEye (1995), Tomorrow Never Dies (1997) & The World Is Not Enough (1999). Beliau digugurkan daripada filem Casino Royale (2007), kerana ‘tidak ngam’ dengan pengarah filem tersebut, Martin Campbell.

Mungkinkah Pierce Brosnan akan mengikuti jejak Sir Sean Connery, yang kembali beraksi dalam filem khas James Bond ‘Never Say Never Again’ (1983)? Pierce Brosnan boleh dikatakan lebih berkarisma berbanding dengan Daniel Craig, dalam melakon watak James Bond. Tetapi terpulanglah pada pihak produksi, untuk ambil beliau berlakon kembali, atau cari muka baru untuk memegang watak yang diidam²kan oleh setiap aktor Britain. Tak usahlah peminat Pierce Brosnan mengharapkan sangat… :-P

Bookmark and Share

Kajiselidik (Survey Tanpa Questionnaire) :- Pakaian Bundle

December 6th, 2007 by rodzahn-shinichi

Dsc03248_3 “Aku beraya dengan baju bundle ja,” begitulah kata² seorang rakan sekerja aku. Aku mengangguk saja. Kini pakaian bundle semakin mendapat di hati peminat, biarpun umum ketahui ianya adalah pakaian terpakai.

Pilot Survey Pengunjung.

Hasil daripada pilot survey yang telah dibuat oleh aku (apa itu pilot survey, carilah sendiri di www.wikipedia.com) di busana² bundle di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Kajang, Johor Bahru, Kota Bahru & Kemaman.

Kekerapan pengunjung (jantina)  ->>  Majoriti lelaki.
Umur pengunjung  ->>  lingkungan 12 – 69 tahun.
Bangsa  ->>  Majoriti Melayu.
Tempat tinggal pengunjung  ->>  ada yang tinggal di kawasan kajian, & ada yang tinggal di luar kawasan kajian.
Golongan  ->>  pelajar, mat kilang, mat rempit.
Jenama yang kerap dibeli  ->>  Adidas, Nike, Fred Perry, Polo, Levi’s.

Analisis daripada pilot survey pengunjung.

Kekerapan pengunjung yang mengunjungi busana bundle adalah lelaki. Perempuan ada juga yang masuk, tapi tak beli, atau sekadar mengikuti pakwenya memilih baju bundle. Pada pemikiran mereka (aku agak je :-P) “Apa barang bundle, baik aku beli kat pasar malam,”

Bangsa yang kerap mengunjungi busana bundle, adalah Melayu. Bangsa lain ada juga yang masuk, tapi tak banyak. Orang putih? Langsung aku tak jumpa.

Golongan yang kerap mengunjungi bundle adalah pelajar, mat kilang & mat rempit. Golongan professional seperti doctor gigi, pakar bedah, DO, peguam, majistret, arkitek, akauntan, CEO dll, tak nampak pulak aku. Mungkin golongan ini kunjungi, tapi dengan penampilan yang biasa.

Aku ada tanya pada rakan sekerja aku (pengunjung setia busana bundle), apa istimewanya baju bundle nie? Jawapan yang diberi :-
1. Kerana harganya jauh lebih murah daripada harga di kedai mahupun di pasar malam
2. Lain daripada yang lain.
3. Unik
4. Untuk bergaya, tunjuk pada kawan².

“Tapi gua tak beli kasut kat situ,” “Apasal,” tanya aku. “Pasal kasut nie diorang tak basuh dengan bersih, masih berbau cagu,” katanya dengan penuh keyakinan.

Pengalaman penulis.

Aku akui ada membeli baju bundle. Nampak menarik je, aku beli. Jenama apa yang aku, biarlah ianya menjadi rahsia! Suatu hari aku masuk ke busana bundle. Seorang yang bekerja di situ memperkenalkan baju² yang baru sampai. Pada pengamatan aku, budak ni masih sekolah (tengok pada seluar & kasut), bekerja secara part-time. Aku tertarik pada topi (jenis hat). Lalu aku mencubanya, dengan sweater (sweater macam yang dipakai oleh Owen Wilson dalam filem Starsky & Hutch).

“Wah abang, macam Harrison Ford dalam cerita James Bond lar,” tiba² mamat tu bersuara. Harrison Ford pernah berlakon pegang watak James Bond? Huh… apa nie?

“Apa lar, semua pelakon yang jadi James Bond warga Britain, kecuali George Lazenby, warga Australia,” kata aku, membetulkan fakta. “Oh ye ker, saya main agak jer,” kata mamat tu sambil tersengih. Petang itu aku beli baju, sweater & hat. J

Bookmark and Share

Zoology

October 6th, 2007 by rodzahn-shinichi

198

Setelah membaca synopsis komik ini, aku cari di pasaran. Nah, inilah komik yang aku cari², sudah aku temui. Setelah habis aku baca komik ini, boleh aku katakan hampir 100% daripada jalan cerita komik ini ada persamaan dengan hidup aku! Ah, kebetulan pulak! J

Komik Zoology, mengisahkan ketidakpuasan Rhino, Koala & Swallow terhadap ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat sekeliling, tidak kira golongan VIP mahupun golongan orang awam. Jalan cerita yang kelakar serta lukisan yang menarik. Syabas diucapkan pada Stanley G kerana melahirkan sebuah karya yang menghiburkan dengan aksi² lucu Rhino, Koala & Swallow di samping mengkritik sikap yang teruk dalam masyarakat negara kita J

Bookmark and Share

Good Bye Sinetron! (Warkah buat Nia Ramadhani)

July 28th, 2007 by rodzahn-shinichi

Revalina_1 Bunyi macam sedih je tajuk ni. Macam terpaksa berpisah pula. Itulah hakikatnya yang terpaksa ditelan. Tapi, buat sementara waktu je. Kalau aku rindu, beli saja VCD sinetron kat Emporium Mydin. Kalau rasa sayang nak keluarkan duit, aku download saja dari internet, pakai perisian BitTorrent.

Intan_nuraini_2_1 Aku mula minat menonton sinetron² (drama) Indonesia bermula dengan sinetron Bawang Putih Bawang Merah (BPBM). Sebelum ni aku ada menonton VCD filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta (aku pinjam dari kawan aku). Tapi tak sampai 15 minit aku bagi balik kat kawan aku. Sebabnya aku tak faham loghat Indon!

Nia_ramadhani_6_1  Tapi bila aku tonton sinetron BPBM, aku rasa lebih berminat. Sebabnya, sinetron itu disediakan sekali dengan subtitle. Dengan adanya subtitle, aku banyak pelajari loghat² Indon. Justeru itu, tiada masalah jika aku berkomunikasi dengan orang² Indonesia (terutama cewek² ler).

Sebenarnya sinetron² yang aku tonton, (bermula dengan BPBM, Ratapan Anak Tiri & Bukan Cinderella) ianya tiada bezanya dengan drama² Melayu. Tidak aku nafikan, aku tertarik dengan dengan kejelitaan actress² Indonesia seperti Nia Ramadhani, Revalina S. Temat & Intan Nuraini. Mungkin faktor itu agaknya kejelitaan actress² Indonesia menjadi tarikan penonton² Malaysia mula minat menonton sinetron² dari Indonesia.

Bookmark and Share

My Way - Frank Sinatra

April 30th, 2007 by rodzahn-shinichi

Frank_sinatra And now the end is near, and so I face the final curtain,
My friend, I’ll say it clear, I’ll state my case of which I’m certain,
I’ve lived, a life that’s full, I traveled each and every highway,
And more, much more than this, I did it my way.

Regrets, I’ve had a few, but then again, to few too mention,
I did what I had to do, I saw it thru without exemption,
I planned each chartered course, each careful step along the by way,
But more, much more than this, I did it my way.

Yes there were times, I’m sure you knew,
When I bit off more than I could chew,
But thru it all when there was doubt, I ate it up, and spit it out,
I faced it all, and I stood tall, and did it my way.

I’ve loved, I’ve laughed and cried, I’ve had my fill, my share of losing,
And now, as tears subside, I find it all so amusing,
To think I did all that, and may I say "Not in a shy way",
Oh no, oh no not me, I did my way.

For what is man, what has he got, it not himself,
Then he has not to say the things he truly feels,
And not the words of one who kneels,
The record shows, I took the blows, and did it my way.
Yes it was my way.

Itulah  sebuah lirik lagu yang cukup bermakna buat aku. Lagu My Way – Frank Sinatra, boleh dikatakan antara lagu² English paling best yang aku dengar. Kisah hidup lagenda muzik Amerika ni, sudah aku baca. Hidupnya penuh dengan berliku, sebelum mengecap kemashuran sebagai ikon muzik Amerika. Lagu My Way, dinyanyikan dengan penuh penghayatan dan asyik. Lagu ini juga banyak dinyanyikan oleh ramai artis² terkenal seperti Paul Anka, Robbie Williams dan ramai lagi. Sebuah karya muzik yang boleh dianggap ‘masterpiece’.

<embed style="width:400px; height:80px;" wmode="opaque" bgcolor="#ffffff" type="application/x-shockwave-flash" src="http://audio.xanga.com/mp3embedplayer.swf?i=790941&m=697d8"> </embed>

Bookmark and Share